Friday, September 20, 2019

note to business owner

Selalu saya jumpa pemilik-pemilik business ni tak pernah buat akaun , tak pernah submit cukai ada yang tak simpan dokumen perakaunan . Ramai yang tak menyimpan resit-resit, bil dan dokumen-dokumen lain. jadinya, bila nak buat akaun dan tax dah susah.

Bila nak isi tender, nak apply loan , nak minta geran dan sebagainye dah mengelabah.. sebab nya rekod perakaunan dan cukai tak ada. cukai pun tak submit. lagi mengelabah bila dapat surat cinta dr lhdn.

AKAUN dan TAX ini adalah penting utk sesebuah organisasi.
selain nak tahu kedudukan kewangan , untung rugi , sebagai pemilik  amatla penting utk mematuhi undang-undang dan peraturan seperti submission cukai, submission form e bagi majikan, penyimpanan rekod dan sebagainya.   kegagalan dalam mematuhi undang-undang ni akan menyebabkan beterbangan duit juga kerana ada penalti dan denda dikenakan. nak selamatkan duit jadi hilang lagi byk duit.
lebih2 lagi jika anggaran cukai dr lhdn dan dikeluarkan. biasanya kena bayar dulu.. baru rayuan utk semakan .. ni ramai juga goyang kaki.. juta2 ada ratusan ribu ada dpt..
kalau tak cukup dokumen nak audit lhdn.. maka tinggilah taxnya dari sepatutnya. itu penting simpan dokumen. duit masuk bank biasanya lhdn anggap sebagai pendapatam sahaja jika tiada dokumen sokongan menyatakan selainnya.
 Jadi sebagai pemilik busines tak kira enterprise atau sdn bhd kena tau tanggungjawab . ada akta syarikat dan akta cukai perlu dipatuhi selain akta pekerja dan sebagainya.

kalau rasa pening dengan semua urusan ni.
kami boleh bantu.. dari akaun, cukai ,audit malah urusan payroll pun.
kami dari jitudata services adalah pakar terlatih.
boleh hubungi kami di ws:
http://www.wassap.my/0172949142/akaunauditcukai

call: 0172949142

email: jitudataservices@gmail.com.

( Maju bersama kami)

Sunday, January 27, 2019

PROGRAM TAWARAN CUKAI

PROGRAM TAWARAN PENGAKUAN SUKARELA
Bismillah...
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan seperti berikut:-
✔️ TIDAK PERNAH mendaftar fail Cukai Pendapatan
✔️ BELUM mengemukakan Borang Nyata Cukai atau terdapat BACKLOG
✔️ TERKURANG lapor pendapatan
✔️ GAGAL membuat "Stamping" dalam tempoh yang ditetapkan
jika anda dalam kategori diatas , anda layak untuk membuat pengakuan sukarela ini.
Apa Kelebihan Program Ini 
▪️ bermula 3/11/2018 - 31/3/2019 penalti hanya 10% sahaja dikenakan
▪️ bermula 1/4/19 - 30/6/2019 penalti hanya 15% sahaja dikenakan
▪️ Laporan serahan tidak akan diaudit dan diterima dengan rela hati oleh pihak LHDN
Kenapa Perlu Rebut Program ini 
✔️ selepas 30/6/2019 penalti akan dikenakan sehingga 300%
✔️ dijangka operasi besar-besaran akan dijalankan setelah tamat tempoh program ini .
Apa Yang Kami Boleh Bantu 
✔️ Kami bantu dalam menguruskan pengiraan dan penyerahan borang keseluruhannya .
✔️ kami akan memberikan nasihat yang terbaik untuk anda

sila hubungi kami di
no tel:0172949142
email: jitudataservices@gmail.com